Monday, March 26, 2012

LEWAT PETANG ITU


" tak apalah kalau dia lupa. "


Hari itu aku biarkan sahaja dia melayani kawan barunya itu. Aku tidak kisah. Asalkan dia boleh bergelak ketawa terbahak-bahak macam tempat tu tok dia yang punya. Nampak gaya kehadiran kawan baru yang tidak ku ketahui namanya itu benar-benar memberi cahaya kegembiraan dan mampu membuatkan kawan aku itu cirit dek terlalu kuat ketawa. Hemph barangkali.



Aku berjalan lagi. Lagi dan lagi. Entah kenapa kaki ku laju melangkah meninggalkan kawanku dan sahabat barunya itu. Malas mengganggu, fikirku. Lagipun, aku tengok lagi happening kalau mereka bersama berbanding bila dia denganku. 



Haishhh padahal hari ni sepatutnya aku ada projek bagus punya dengan kawan2 aku yang lain.Tapi tegar aku batalkan demi budak ni.Tak apa, sebab aku yang putuskan mahu sebegitu. 
Kawan2 aku pulak menyumpah2 aku semalaman selepas aku berjumpa mereka untuk memberitahu berita lahanat itu. Tak sangka pulak aku petang itu se disaster begini. Longkang betul.








Thursday, January 26, 2012

TELLING YOU



 "People change. Love hurtsFriends leave. Things go wrong. But just remember: life goes on."
*Aku tak tahu quote ini genuinely dari siapa. 





Buat sahabatku yang sedang berduka, mungkin yang kehilangan keluarga tercinta, yang
 dah habis duit biasiswa, dan sesapa yang in a relationship dan kemudian bertukar single tu, haruslah di ingat releks lah dulu. 


Apa yang aku tahu, kalau budak2 lelaki sebaya aku ni depa tak matang sangat, 
dan janganlah kamu berharap terlalu tinggi terhadap si dia MELAINKAN dia sudah bertemu kedua orang tuamu dan melahirkan hasrat untuk memperisterikan kamu. 


Dan , dan ya harus ku tulis juga di sini,
Perkataan sayang, I levvchewww , muahh muahh itu 
sangatlah haprak pada zaman moden sebegini. 
So girls out there, please don't let sweet text fool you okay? 
Sesapa je boleh cakap begitu
tanpa betul2 maksudkannya. 





Love, apabilahujan.







Wednesday, January 25, 2012

STRANGER



"One step closer. I have died everyday waiting for you...aaaa aaaah " 


Tak habis2 dia mengulangi rangkap itu. Langsung dia
tidak segan dengan diriku walaupun kami hanya bertemu kelmarin. Aku 
membiarkan sahaja. Tidak kisah bagiku.


Namanya apa, aku juga tidak tahu. Bukan, bukan aku sombong. Tetapi
sikapnya yang diam dan suka menunduk membuat kerja
seolah2 aku tidak wujud itu ternyata
membingungkanku. Sudahlah dia satu-satunya kawan bilik ku ini. 

Aku pasti menegurnya nanti. Biarlah, esok mungkin.
" Hmm.." aku becakap sendiri. Lantas aku mencapai earphone usangku
terus ku sumbatkan ke telinga. Ahh lagu di dalam playlist aku lebih 
bertenaga dan tidak jiwang kupu2 seperti dirinya.


"@#$%^&! " terjerit aku tiba2. Kelihatan benda keras berwarna 
hitam yang aku tidak pasti namanya tergolek ke lantai setelah
mengenai kepalaku. 
" Wei asal pakai tu, tak sedap aku nyanyi?!" tempelak kawan bilikku 
itu dari sisi katilnya. 


Haremmm memang ikut hati mahu sahaja aku bangun dan memijak
perutnya. " Aku nyanyi lagi sedap la " balas aku acuh tak acuh.
" Hmm dan suara kau tu serupa pondan " sambung aku lagi dengan
niat membalas dendam laknatullah. 


Cepat2 aku ikat rambutku agar tampak lebih gangster. Biar dia tahu rakan yang baru
ditemuinya ini pernah memijak tudung tin sehingga pecah 
di hujung. Aku ingat dia akan mengganas dan menggelupur 
kerana berasa panas dengan kata2 aku yang 
sungguh sopan sebentar tadi. 


Dia diam dan semakin diam. Dan aku dirundung rasa bersalah.
Tanpa berfikir maut yang mengundang jika aku menghampiri makhluk 
misteri itu, aku lantas berjalan ke arahnya. Ku hulurkan tangan
ku dengan harapan dia akan menyambutnya. Shake hands abang salleh kata.


Nahh dia membalasnya dan aku tersenyum.





posted by apabilahujan.







Tuesday, January 24, 2012

THE UGLY TRUTH


Di sebabkan ada yang kata tuan blog ini adalah LELAKI, makanya
inginku bertanya,


Nak tengok girlfriend aku? Nahh ni dia. 







Muka dia memang mintak penampar. Maafkan dia hokayy.






Sunday, January 22, 2012

TERSEPIT



Hmm punya la pemalas aku kan. Malas nak follow dan mencari followers. Lantak.


Pastikan cukup umur untuk membaca hew2



Aku ada sorang kawan baik ni. Kawan dari form 3 beb. 
Dia kecik je orangnya, so dalam kes ni aku lah penjaga dia. Satu geng wa cakap lu. 
Tapi aku join semester kedua. Start je aku join, dia rasa macam tersisih dengan group tu.
 Nak buat macam mana, aku pun confuse ni.
Dalam grup aku tu ada kembar. Memang setia kawan level 80. 
Aku rapat kaw2 dengan kembar ni dan bukan dengan kawan baik aku tu. 
Tiba2 one fine day...






# Ish mengantuk sial, tido dululah apa-apa pun.





Sunday, January 8, 2012

GIRLFRIEND

Wey do you really love your girlfriend?






"Because if you did, you wouldn’t be calling other girls cute or asking for other girls numbers and shit. Just because she isn’t there and you’re with your boys doesn’t mean you’re fucking single. If you don’t love her then stop telling her what she wants to hear because she probably deserves a lot more than fake love she needs the real thing."




Dengar tu, buaya !





Sunday, January 1, 2012

Bukan plastik surgery.



*watak adalah lelaki.


Sakit hati aku mendengar hilai tawa perempuan itu. 
Ketawanya bukan gedik, bukan
juga di buat-buat, tetapi ketawa 'ori' sehingga aku rasakan akulah orang paling berduka saat ini.


Di saat lamunanku itu, tiba-tiba lagu awesome abad ini 'International Love'  memecah suasana 
cafe yang sumpah bising itu. Dari mana datangnya aku sendiri tidak pasti.
Naah perempuan tadi rupanya. Cisss. 


Aku lihat kelakuan dia sungguh aneh.  
Ada ke di balingnya sisa tulang ke meja sebelah. Tak perasan kah dia 
geng2 jejaka kacak di hadapannya ini?


Sakit hati jugak aku apabila lagu tadi masih bermain dalam fikiran.
Ahh semua salah perempuan tadi.
Ya salah dia. Mahu saja aku berdiri dan memukul dirinya. Haha. *evil.


"Hey Man ape yang kau senyum tu? Sial lah kau kat cafe pun boleh jadi."
Tempik kawan aku yang muka ala2 Paul Wesley. 

Oh shit.